Refleksi

 
Refleksi Makro Pengajaran
1. Kekuatan
            Kekuatan yang saya dapat dikesan semasa menjalankan sesi makro pengajaran ialah kelantangan suara. Dalam sesi mikro pengajaran ini, saya telah menggunakan suara yang sesuai, lantang dan jelas. Murid-murid boleh mendengar dengan jelas dan menumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain daripada itu, murid-murid boleh memahami arahan dan penyampaian saya . Dengan itu, murid-murid dapat memberi tindak balas yang betul. Kejelasan memberi arahan dan kelantangan suara memainkan peranan penting untuk memudahkan murid-murid faham dan jelas tentang aktiviti yang dijalankan. Murid-murid dapat menunjukkan kefahaman yang tepat terhadap penyampaian saya.
            Seterusnya, kekuatan yang saya dikesan semasa menjalankan sesi makro pengajaran ialah aktiviti teka-teki telah menarik perhatian dan minat murid. Murid-murid berasa seronok semasa menjalankan aktiviti teka-teki. Murid-murid juga bekerjasama mencari jawapan yang betul. Ini telah memupuk sikap kerjasama dan bantu-membantu antara perhubungan murid-murid.

2. Kelemahan
            Kelemahan yang saya dikenalpasti dalam melaksanakan sesi makro pengajaran ialah semasa saya bersalam kepada para murid, murid-murid bersalam dengan saya tanpa berdiri . Selain itu, saya didapati bahawa segelintir murid tidak bersalam dengan saya. Ini telah menunjukkan sikap tidak menghormati kepada guru.
            Di samping itu, kelemahan yang saya dikesani semasa menjalankan sesi mikro pengajaran adalah murid tidak dapat memberi jawapan yang tepat dalam sesi soal jawab. Semasa saya bertanya tentang ikan kesukaan murid, murid-murid hanya dapat memberi satu jawapan dan tidak boleh memberi jawapan lain. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan Bahasa Ibunda untuk membimbing murid-murid cuba memberi jawapan yang tepat.
            Seterusnya, kelemahan yang saya  dapati semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah menjalankan langkah aspresiasi, segelintir murid masih membuat produk hasilan sendiri tanpa berfokus tentang langkah ini. Ini teleh menunjukkan murid tidak menumpu perhatian dan mengikut arahan.

3. Langkah mengatasi
            Setiap kelemahan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam sesi mikro pengajaran, langkah yang diambil untuk mengatasi masalah kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah saya perlu membetulkan sikap murid-murid dengan memberi contoh teladan yang baik. Saya boleh cuba memberi salam  kepada murid-murid dengan cara dan contoh teladan yang betul supaya murid dapat mengikut dan memupuk sikap yang baik.
            Bagi kelemahan tentang murid tidak dapat memberi jawapan yang tepat semasa menjalankan sesi soal jawab. Langkah yang boleh diambil supaya mengatasi masalah ini ialah saya boleh cuba membimbing dan memberi tunjuk ajar yang sesuai supaya murid-murid dapat lebih faham dan jelas soalan yang ditanya oleh saya. Selain itu, saya juga boleh memberi penerangan dalam bahasa yang mudah faham. Murid-murid juga boleh membuat perbincangan antara satu sama lain.
            Seterusnya,  semasa saya menjalankan langkah aspresiasi, murid tidak berfokus dan membuat hasilan produk sendiri. Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah saya boleh cuba memerhatikan murid yang tidak menumpu perhatian dan memberi nasihat. Selain itu, saya juga boleh bergerak dan berjalan ke sudut kelas supaya mengawal dan melihat aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid. Cara ini boleh membantu saya mengawal disiplin kelas dan mengawal tingkah laku dan boleh membantu murid-murid yang tidak faham tentang isi pelajaran yang disampaikan oleh saya. Dengan ini juga boleh menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.